Alhamdulillah, Mereka Berubah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Aku manusia biasa yang seringkali membuat khilaf
Aku merasakan aku tidak layak untuk bergelar seorang hamba yang beriman kepadaNya
Aku lihat sini, Aku lihat sana, aku lihat sekeliling ku, semuanya ingin berubah.
Semuanya berusaha mendekatkan diri kepadaNya
Aku? Aku bila lagi ? 
Seringkali aku terfikir , sahabat2ku mulai berubah kearah yang lebih baik.
Dalam erti kata lain MENJADI SEORANG MUSLIMAH SEJATI.
Ya, seorang muslimah.
Aku bersyukur akan perubahan mereka, syukur sangat2.
Masalahnya cuma diri aku. 
Musuh utama untukku mengecapi semua itu hanyalah daripada diri AKU sendiri.
Takkan sampai kiamat pun aku begini?
Layakkah aku untukNya selepas aku melakukan banyak dosa terhadapNya?
Layakkah aku menerima HIDAYAH daripadanya ?
Namun , aku berusaha juga untuk menjadi seorang hamba yang TAAT kepadaNya
Segala rintangan akan ku redah demi untuk mencapai HIDAYAHNYA.
Alhamdulillah , atas teguran dari seorang yang amat aku cintai iaitu Mama aku
Aku mulai berubah
Buat masa sekarang aku lebih selesa untuk mengalami perubahan sedikit demi sedikit.
Aku berusaha mengenakan tudung di bawah paras dada & baju yang menutupi punggung
Aku ingin melindungi dadaku daripada renungan kaum Adam
Namun , hanya itu aku mampu.
InsyaAllah , aku akan berubah sedikit demi sedikit.
Kepada SAHABAT2 , tegurlah aku sekiranya aku telah melakukan apa2 kesilapan
Sedarlah bahawa aku bukan insan yang senpurna untuk menjadi apa yang anda inginkan.


Sekian , warkah ku buat kali ini. Anggaplah semua ini sebagai satu renungan tuk kita menjadi seorang hamba yang BERIMAN & TAAT kepadaNya.

2 comments:

Komen yang elok-elok okay