7 Jenis Persahabatan, hanya satu sampai AKHIRAT

7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI
AKHIRAT ::

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti
pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital,
pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah,
misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah,
satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan
tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti
teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya
sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik
lagi tapi bila belakang kita...Allah! Pijak semut pun tak
mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT :
"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia
menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah,
mereka senang hati..."
(Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa :
"Allahumma Ya Allah... selamatkanlah aku dari
sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi
tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabat yang lahir batin, tulus
saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla,
saling menolong, menasihati, menutupi aib
sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam
dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi
ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana
Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan
LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan
persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.
Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti
firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat-
sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain
kecuali persahabatan kerana ketaqwaan"
(Surah Az-Zukhruf :67). 

Anda bagaimana?

copypaste|sharingIsCaring

Apabila Perempuan dah Mula Tawar Hati





"Perempuan bila dah tawar hati , pujuk rayu , kata-kata manis apa pun tak mampu untuk mngubati hatinya yang duka"

Tawar Hati ?
'tambah garam laa , ajinomoto , gula . hehehe"
Okey , mengarut sekejap. hehe

Perempuan bila dah tawar hati dengan orang yg dia sayang ,
dia akan mula merasa kosong.
Perasaan rindu , sayang , cinta itu mulai pudar .
Sebab?
Diabaikan ? Terlalu caring?  Cemburu Buta dengan pasangan? Maybe .

Biar ALLAH yang menentukan samada engkau memang tercipta untukku .
Kata orang,,

kalau dah jodoh tak ke mana

Biar bergaduh, tawar hati ke , berjauhan ,  break , kalau dah ditentukan engkau memang jodohku ,
aku akan menerima mu dengan hati terbuka. Semoga engkau menjadi IMAM ku pada suatu hari nanti.

Amiin .

Salam sayang ,
Nurul. 






Apabila Kad Bank Tertinggal Dalam ATM

Hai hai semua , Assalamualaikum n salam sejahtera ! Setelah sekian lama meninggalkan belog ini berhabuk, akhirnya tiba masa nak buat entry terbaru/ Hihi , maklumlaa, bulan April ne , bulan yg sangat sibuk bagi aku. T.T

                                         **************************************
Back to the topic , "apabila kad bank tertinggal dalam ATM" sungguh haru biru ceritanya.
Hal tersebut terjadi apabila mak aku bawa pegi bank di pekan untuk bank-in duit kat abang aku d semenanjung & bank-in untuk saudara aku kat Miri.

Fes , kami pegi ke Maybank , haa, lancar jee bank-in duit tu , maklumlaa, takpayah masukkan kad bank tu , cuma taip jee nombor akaun bank tsebut , then, msukkan duit yg nak dikirim ke dalam tmpat yg disediakn ! No, problemo okaii! Then, sekali nak bank in untuk saudara aku tu pula tak dapat! rupanya tak boleh , sebab akaun dia Public Bank pula. adududu, dengan muka blank ne pon, mama aku pegi tanya orang yg bdekatan, dia suru pegi Agro Bank pulak daa.

                                    *******************************************

 Sampainya d Agro Bank , terus pegi try dekat mesin ATM tu , haa, kali nie, mesti masukkan kad, baru dpt lak . cek baki dulu kejap, then, teruskan tekan ke menu utama , so, dapat la bank-in duit bjumlah bla bla bla.
Haa, lepas tu! aku tertekan pula butang lain kat mesin ATM tu, berbalik ke menu utama , lepas cakap2 ngan mak kejap, terus keluar. Sampai jee dalam kereta, mak aku tanya di mana kad bank tu? terus hatiku pon dupdapdupdap ! OMG ! tertinggal dlm mesin ATM!! Punya cemas aku tym tu , aku bergegas pegi ke bank, sekali tengok, ada org lain suda guna mesin ATM tu. aduyai, fikiran ku berbolak balik. macam2 fikiran negatif yg timbul tentang lelaki tersebut. Aku pun tanyalah kat orang tu, ada tak kad ATM yg tertinggal dlm mesin tadi, dia cakap tiada. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ku masa tu. Dgn muka kecewa aku ne , aku pegi masuk kereta balik , bagitaw mak aku pasal tu . Terus aku suruh mak aku yang pegi sana lagi.


                                          ***********************************
 Tut\p tup tup , mak aku masuk keta dgn muka yang tenang. Dia bagitau aku ada pekerja di bank tu dgn jumpa mak , mak aku gitau la peristiwa yang berlaku. bla bla bla . Pekerja tu pun mnerangkan segalanya yg kad BANK jika tertinggal lama dalam mesin ATM memang ditelan oleh mesin tersebut. Muahahahaha. Punya aku gembira dgr psal tu! so, pekerja tu suruh je  laa datang esok , ambil kad bank tu. Fuuuhh , lega.. Ingtkn kena curi ke pa ke kad bank tu rupanya mesin ATM tu uda telan kad itu. hahaha. boleh suda  menarik nafas lega.


*so guys, the moral of the story is jgn sekali kali lupa tentang kad bank anda selepas selesai berurusan. jangan cuai! huhu T.T

Apabila Sahabat Merajuk..



Hello and assalamualaikum uolls ! All is well right? ^.^ Da tak yang rindu ngan tuan tanah belog ne ? Eh , eh , macam ada je , mcam takdaa jee..  Takpa , hari ini , setelah sekian lama tak update belog , well , today is the day ! I know that you miss me ^.^

Hohoho, amacam bulan Januari ne ? oke ke tak bagi korang ? hmmm , bagi aku , oke jee ! Yelaa , mana tak okey bila 'membina badan' saja di rumah.. hehe.. pa? da yang tak paham , maksudnya di sini , menternak lemak arr, menggemukkan badan jerr d umah . Pa tidaknya , makan , tidur , tengok tv , exercise nya ntah ke mana.. aduh , rutin yang tidak sihat untuk badan. Jangan ikut tabiat buruk ne ekk.. :)

Ehh , melalut pulak , okeylaa , back to the topic , oh yess , ' Apabila Sahabat Merajuk'. Sengaja pilih tajuk entry cenggini , yelaa, tetiba da ilham kan. Hmm , pasti readers sekalian penah mengalami situasi cenggini kan? Jangan nak tipu k ! hehe.. Yelaa , dalam percintaan memang familiar la merajuk , touching segala ne, begitu juga dalam persahabatan , ada pasang surutnya juga. Tapi , korang rasa sama tak rajuk seorang kekasih dengan sahabat kita ? No , it's different okey.  bila kita pujuk kekasih kita , sama tak ngan pujuk sahabat kita tak? No, the feeling is different too. Bila pujuk kekasih , alah , senang je , nanti okey la tu. tapi , bila sahabat merajuk it means that dia terasa hati , or touching ngan kita. kekadang kan perasaan tu boleh terbawa-bawa dan diungkit kembali akan membangkitkan perasaan sakit hati. Then , perasaan sakit hati ini pula membawa kesan negatif terhadap 'realtionship' ngan sahabat yang menyebabkan dia terasa hati. 

kadang-kadang , rajuk itu tidak lama , kadang-kadang berpanjangan selagi dia tidak melayan atau saling memaafkan . Tak salah merajuk2 ne , yelaa , memang ada baiknya juga , kita taw laa orang tu care ngan perasaan kita bila diri kita dipujuk. tapi , jangan sampai orang pun naik muak ngan perangai kita , setiap orang punya tahap kesabarannya tersendiri. Bila asyik nak merajuk jerr keja , orang pun kadang2 takda hati da nak pujuk . Bukan disebabkan tak 'caring'.. no , no ! Kadang2 kita perlu bertolak ansur sesama teman yang lain , merajuk sekalipun , jangan la harap minta kena pujuk jee , kita kena paham sendiri laa , kita kena fikir , think positive selalu , and cakap lam hati tu " buat apa aku nak merajuk ngan dia? , tak selesai masalah pun kalau aku terus2 begini. " "alah . salah kecil pun , hmm no hal laa" ..  okey , semat lam hati , jangan cepat terasa ngan sahabat kita ,kelak orang lain pun tak selesa ngan sikap kita camtu. Malah makin merenggangkan 'relationship' tu.

Ingat ! Think positive ! Jangan bersangka buruk dengan sahabat kita ,  kalau nak merajuk pun  , jangan lama2 ekk. nanti orang pun boleh lari dari kita bila kita bersikap camtu. Kalau rasa diri itu tidak dipeduli , rajin2 kan lah diri kita kontek ngan sahabat2 kita.  Why dont we  do the first move ? Tak salah kan kita yang mulakan cerita . Ego tu biar kita buang jauh2 , dengan sahabat , we dont need that attitude . I love my family , my friends , and readers . Especially to my friends , i love them all , kalu bole , tak maw la da hubungan yang renggang gara2 perkara kecik. Itu semua kena elakkan. Think positive , think positive dan aura positive tersebar dalam kalangan sahabat2 kita , then, tersebarnya yang aura menyenangkan hati . :) orang senang hati ngan kita , kita pun gembira juga kan?

Well , aku pon bukan juga perfek sangat nak bagi ceramah , nasihat bagai camne. You know me? hehe..
Yelaa , sukati korang laa nak judge aku cmna , yang penting , i just wanna give a lil bit of advice to all my friends and readers. Ketahuilah , bahawa aku hanyalah hamba Allah yang tidak sempurna yang seringkali membuat kesilapan dan ingin memperbaiki diri ini supaya jadi insan yang special di mata Allah.


#Take a note for me on this post too.
 P/s : entry ne  teda kaitan ngan orang yang hidup atau mati. hihi ^.^


#jika ada pendapat yang bertentangan , jangan malu2 maw komen yee.. :)

This is What We Called Friendship

Assalamualaikum sahabat sekalian :)


Hmm , sudah lama rasanya meninggalkan blog ini kesepian . Nampak berhabuk pulak . Fuuuhh.. Tiup jap. :) hehe..
Nampaknya, pejam celik, pejam celik, eh , eh ! 2014 pulak daa ! Tak sangka pulak yaa 2013 dah berlalu , rasa cam baru semalam plak aku gelak ketawa ngan kawan aku tym tahun 2013 ne. hehe
 Waa, alhamdulillah syukur jg kpd Allah swt , krn masih memberikan hambaNya ini kesempatan utk hidup. :) :)
Btw , sepannnnnnnnnjaaaaaaaaaaaaangggg( hah, amek kau !) tahun 2013 ne ternyata cukup memberikan impak dlm diri ne. Nak taw kenapa?

Sebab.. Aku telah belajar erti PERSAHABATAN melalui sahabat yg Allah telah kurniakn kpada ku. Kalau dulu , memang tak taw la maksud sebenar persahabatan nie , da berkawan tu , haa , men kawan jee gitu2 , x peduli sgt prasaan org..tapi , makin meningkat umur ni , aku semakin paham nilai sebuah persahabatan macam na..

Daripada setiap peristiwa berlaku dalam hidup aku yg dilayari bersama sahabat2 , aku belajar memahami mereka , aku cuba perhatikan kelakuan setiap satunya yang adakalanya menggeletek hati ini melihat gelagat diorang yg sangat gila2 orangnya , arrghh , rindunya aku saat bergelak tawa bersama..menangis bersama , hadapi dugaan sebagai pelajar PRA-U bersama. Waah , indahnya suma tue. Baru aku terasa macam kitorang suma ne sehati sejiwa , saling memahami antara satu sma len.  :)

Walaupun adakalanya kami bertengkar atas perkara yang remeh , ter'TOUCHING' la katakan..Kadang2 da juga gaduh , yelaa , kekadang kita manusia ni ada juga hari emosional(ter'EMOSI') dia , lebih2 lagi kita pompuan ne. haa, bila da 'BENDERA JEPUN' , mula la emosi dya. hehe. .tapi ,. besalah semua tu , asam garam dalam kehidupan , tak semestinya nak gembira ja kan? kan? adakalanya kita patut lalui pahitnya ssuatu perkara agar kita lebih 'MATURED' la katakan.. matang gitu. :) barulah 'HAVOC' hidup  ! :)

Tapi , aku rasa semua tu membuatkan aku sedar yang segala yg terjadi tu ada hikmah di sebaliknya . Yah !
Our relationship just keep on stronger because we tried to know about each other behavior. :)
biarpun gaduh besar sekalipun , well , we settle it maturedly. then, we just go on with it. Dont ever remember the past that will spoil the friendship within. :)

Sebab tu la , aku rasa sangat bertuah kerana mempunyai sahabat yg agak gila2 , sporting , memahami , and the best part is they always make my life more merrier and cheerful ! Dan yg paling aku x dapat lupakan , diorang sentiasa mengingatkan aku kepada Allah. Yes ! Sngat bersyukur ada sahabat macam diorang. Diorang semua ne layak dapat 'Anugerah Sahabat Terbaik' . :)

Segala kenangan manis yang aku layari sepanjang aku menjadi pelajar PRA-U( 2012/2013) nie , aku akan ingat sampai bila2 , i will cherish all the moment that we had spent together. :) Aku rindu bergelar pelajar Pra U , aku rindu saat gelak tawa bersama sahabat2 aku , aku rindu saat escape prep bersama , aku rindu saat kita outing , aku rindu saat kita 'skuba' bersma. Overall , aku rindu semuanya tentang sahabat2 aku !

Saat airmata menitis kerinduan kerana sahabat2 ku , aku panjatkan doa supaya mereka sentiasa dilimpahi rahmat kasih sayang Allah , aku berdoa agar mereka mengecapi kejayaan dalam apa bidang yg dikecapi , aku berharap suatu hari nanti kita akan bertemu semula. And bila bertemu semula setelah sekian lama , mesti da awkward feeling kn. hehe.. x dapat aku bayangkan nanti. Mungkin da yang sudah kahwin , ada anak.. O h, excitednya . :) moga kita dapat berjumpa lagi shabat yg tercinta. We will always be friend eventhough we lost contact of each other. SAHABAT TILL JANNAH ! :)


' MEMORI TERCIPTA DI BUMI LIMAUAN BERSAMA SAHABAT2 YG SUPER DUPER AMAZING '
' PRA-U Batch 2012/2013 always be the best super senior in Limauan ' :)

Please Enjoy Our Beautiful Photos