Trip ke Pulau Manukan, Kota Kinabalu, Sabah 2019


First post on 2020 ! 

Hai gais, kalini aku nak share dengan korang tentang trip aku ke Pulau Manukan di Kota Kinabalu Sabah bulan Julai 2019. Tahun lepas ye, baru ada masa nak update hehe. Yes, as we all know, Sabah ni terkenal dengan pulau-pulau diorang yang lawa, sunset pun subhanaAllah antara yang tercantik di dunia. Memang sumpah,kalau nak tengok sunset ala-ala pink orange kena lah datang Sabah okay !

Sebenarnya trip ni merupakan unplanned trip yang dibuat dengan kawan baik aku sendiri. Kononnya bertiga lah, last-last jadi couple trip pulak. Eh, perempuan tau BFF aku tu, bukan laki. So, end up kitorang berdua ja lah yang pergi. Kononnya nak release tension lah. sebab masa tu aku baru balik dari semenanjung sebab dah cuti semester, so, sebelum aku balik rumah di Lawas, baik aku enjoy dulu jalan-jalan di KK. Maka, that's why terjadi lah unplanned trip ke Pulau Manukan. 

Ni lah pipy my partner in crime, tapi yang jahat banyak tu aku lah, dia budak baik
                                                     

To be honest, aku dah lama nak pergi Pulau Manukan, dari aku sekolah menengah lagi, akhirnya impian aku tercapai juga. Tu lah orang cakap, benda yang unplanned ni lah yang selalu menjadi. Aku tak nak banyak cakap, aku share sikit-sikit lah perjalanan kitorang nak pergi ke Pulau Manukan. 

So kalau korang nak pergi ke Pulau Manukan, orang-orang yang dari Semenanjung kena lah ambil flight turun KK lah. Then, pergi ke terminal feri Jesselton Point. Haa, sampai ja sini, memang banyak jenis gerai yang korang nampak, kalau nak beli bag waterproof untuk phone ke topi kalau acah-acah nak ada beach vibe tu, korang beli je area sini.

Sesampainya di Jesselton Point, korang cari lah satu bangunan ni, dalam bangunan ni banyak kaunter tiket , so, korang kena pandai-pandai pilih mana yang elok yang provide good service and pakej yang menarik setimpal dengan harga. Pakej-pakej yang diorang tawarkan ada yang provide pakej island hopping ke pulau lain selain Pulau Manukan. Yang kami ambil ni untuk ke Pulau Manukan sahaja. Disebabkan muka kami yang macam budak lagi, so dapat lah harga student dalam RM30++ kalau saya tak silap. Btw, kami tak ambil pakej sekali snorkelling, paragliding, sebab niat memang nak santai je kat Pulau sambil photoshoot. 




So lepas beli tiket, agen akan suruh korang tunggu dekat jeti untuk naik bot ke Pulau. Korang tunjuk je tiket tu dekat orang yang ada dekat jeti, then diorang akan maklumkan bot mana yang korang naik. Jangan salah naik bot pulak. Hehe. Then, perjalanan ke Pulau dalam masa 10-15minit la juga. Untuk pengetahuan korang, bagi yang risau tentang barangan penting, dekat Pulau tu ada sediakan locker untuk korang simpan dan sudah semestinya ada bayaran dalam RM10 untuk satu locker. 


Dah sampai di Pulau, korang puas-puas lah round satu pulau, nak mandi-manda ke apa sampai waktu yang dimaklumkan daripada agen korang tu. Biasanya sebulum pukul 4-5pm trip paling bot paling last untuk balik ke Jeti Jesselton Point. Diorang cuma akan ambil korang di jeti je, so, kalau tak nak salah bot, tiket tu simpan lah elok-elok. Haa, kalau korang tak bawak makanan, jangan risau, dekat sana kemudahan semua lengkap, tempat tukar baju, toilet, restoran, chalet semua ada. Tapi harga tu memang agak yahudi la, biasalah di harga makanan di pulau. Faham-faham je lah.

Hmm, aku rasa tu ja lah aku dapat share tentang trip aku ke Pulau Manukan. Bajet bawah RM50 je kalau nak pergi ke satu pulau tu. Kalau nak main paragliding, snorkelling tu pakej mahal sikit lah. Kalau nak release tension tengok laut yang superb cantik tu boleh lah amek pakej macam kitorang tu, Okay, sekian. Bye !