Apabila Kaki Terseliuh

Assalamualaikum & hello  !

Sumber:Google

Kisah kaki ku terseliuh bermula apabila aku tengah jenjalan ngan kengkawan aku , then, angin meniup dengan kuat masa tu, aku pun acah-acah la jadi Princess Elsa konon , depangkan tangan menikmati angin masa tu. Tup tup , debushh ! Terjatuh pulak aku kat lorong di fakulti. Haa, amek kau 'terpeleot'(kaki kiri) ! Tu laa, padan ngan muka sempat lagi nak angan-angan kan waktu tu. Ngam lagi aku pakai kasut wedges , tinggi kemain uols ! Tu la punca aku terseliuh, first time taw kena baru aku tahu cemana rasanya orang yang terseliuh. SAKITT GILAA ! Seriusss sakit !

Masa aku jatuh tu kan, nasib baik lah tak ramai orang lalu , kalau  ramai, malu gila aku.  Ada la sorang dua orang lalu, diorang hairan aku terduduk kat lorong tu kesakitan, kawan-kawan aku tolong tenangkan aku, aku masa tu kan panik, memang tengah menahan sakit ah. Lepas rehat kejap, aku pon try la nak berdiri. Alhamdulillah, aku masih mampu berdiri dan berjalan walaupun aku berjalan macam nenek si bongkok tiga. Hehe

Okay, itu baru setengah hari, makin lama, makin sakit pula kaki  aku. Pada malam hari kejadian tu, aku ikut lah nasihat kawan aku supaya kaki tu direhatkan , letakkan bantal di bawah kaki waktu tengah baring. Aku rasa kaki aku kebas semacam ja waktu tu. Malam tu aku rasa nak nangis ja sebab menahan sakit yang teramat. Keesokan paginya , masa aku nak bangun dari tidur, jejakkan ja kaki kat lantai, Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa masa tu. Serius aku tak mampu nak jejakkan kaki aku kat lantai. Sakit sangat. Buku lali aku pon dah bengkak semacam. Aku nak sembahyang Subuh masa tu pon tepaksa minta bantuan kawan aku , suruh dia amek kerusi. yelaa, sembahyang duduk kan. Tak mampu nak sembahyang berdiri.

Aku pon decided nak pegi klinik, klinik dekat bahagian HEP USIM. Then, jumpa doktor, doktor ckp takda pape yang teruk la, just normal ankle sprain. Doc bagitaw mungkin kalau bengkak tu dalam 2 minggu la boleh sembuh , kalau nak sembuh sepenuhnya mungkin 6 minggu camtu arr. Depends arr ngan korang, kalau aku ne memang jenis yang tak senang duduk ah, memang kaki jalan, aktif kemain lagi, haa, memang lamabat ah nak sembuh. Doc cuma bagi ubat tahan sakit, ubat surut bengkak & ubat sapu. Oh yee, dia balut kaki yang terseliuh tu supaya bengkak reda.


Sekarang ne pon, kaki aku belum pulih sepenuhnya , sebab lepas 5 hari aku terseliuh tu, aku ada kursus pulak, kursus SISPA @ JPAM ,  so, korang paham-paham je lah cemana kursus tu, memang lasak abes lah. Pi berkawad, push up la, lari 3 round padang, haa, memang padan muka aa, kaki pon bengkak balik. Tepaksa aku gi hospital then, aku gitaw doctor situasi sebelum aku ikut kursus tu. Then, doc suruh aku gi X-ray. Takda retak ke apa, cuma doc gitaw kalau bengkak belum reda lepas 2 minggi, jumpa ngan doctor balik, bawak x-ray tu. Pastu, doc bagi ubat sma macam yg sebelum ni.


Now , kaki pun belum sembuh sepenuhnya jugak, bengkak dah reda, cuma aku rasa sakit sikit je la bila nak buat aktiviti lasak. Bila aku gerakkan kaki ke bawah terasa macam ada something yang menegang. So sekarang ne aku try elakkan benda yang lasak and rehatkan kaki daripada pakai kasut tinggi . hehee




INFO:
Cara Rawatan:
1. Letakkan Ais
Apabila anda terkena kecederaan buku lali / pergelangan kaki, perkara pertama yang penting adalah meletakkan ais batu pada tempat yang cedera.
Ianya adalah berperanan untuk mengurangkan bengkak dan kebiasaannya pada tempat kecederaan akan berlaku banyak aktiviti peredaran darah.
Di ingatkan supaya tidak meletakkan minyak panas atau terus urut kaki.
Tempoh masa yang perlu dilakukan adalah selama 3 hari. Letak ais ini selama 10 – 15 minit dan kemudian rehatkan dulu tempat yang cedera. Kemudian letak semula ais tersebut sekerap yang mungkin.
2. Kurangkan Pergerakan
Kurangkan pergerakan dan beban pada tempat yang cedera. Ianya dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan.
3. Membalut buku lali / pergelangan kaki
Membalut tempat yang cedera juga adalah merupakan salah satu rawatan awal yang perlu dilakukan. Ianya dapat membantu dalam mengurangkan pergerakan hingga mengakibatkan kecederaan semakin teruk.
4. Letakkan bantal di tempat cedera ketika duduk atau baring 
Ini adalah untuk memastikan kecederaan yang dialami dapat dipulihkan dengan cepat.
5. Dapat rawatan susulan di hospital
Setelah rawatan awal dilakukan dan ianya masih tidak berkurangan, mohon terus rujuk kepada hospital untuk mendapat rawatan susulan.

nak info tentang rawatan dan punca terseliuh , usha lah link ne. membantu sangat. :

http://hilmiahmad.blogspot.com/2010/04/sains-sukan-kecederaan-buku-lali-ankle.html



Sekian, roger and out !